Di Blackburn , England , seorang perompak yang memecah masuk sebuah kediaman ditangkap mengadakan hubungan seks dengan patung beruang ketika melakukan jenayah tersebut. Polis mengesahkan perkara tersebut berikutan sampel DNA yang diambil pada patung beruang berkenaan didapati sepadan dengan lelaki berusia 38 tahun tersebut.
Lelaki tersebut juga membuat pengakuan melakukankan perkara tersebut kerana mengambil dadah amphetamine. Pemilik kediaman mendakwa rumahnya berada dalam keadaan berselerak ketika menyedari kejadian terbabit dan dia turut menjumpai seekor patung beruang dalam kekabutan itu. Patung beruang tersebut akhirnya diserahkan kepada pihak polis dan hasil siasatan DNA membawa kepada identiti perompak berkenaan.