Tak sampai tengahari sudah rasa mengantuk. Mungkin anda tidak mengambil sarapan ataupun makan terlalu banyak sehingga rasa mengantuk dan penat untuk meneruskan kerja. Jadi, ada cara bagi menghilangkan rasa penat malah dapat membekalkan tenaga? Kali ini kami berkongsi rahsia minuman ringkas pemberi tenaga sepanjang hari malah jika ada yang berpuasa sunat, minuman ini baik untuk anda.
Semua maklum, makan kurma bukan saja sunah mengikut Islam tetapi ia buah kering yang sangat sesuai untuk berbuka. Memandangkan ia kaya dengan glukos dan serat tambahan, ia membantu memberi tenaga tambahan dengan cepat.
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman manis seperti minuman bergula akan diserap selama 20-30 minit kerana kandungan gula yang tinggi. Sedangkan kurma menyerap di dalam badan selama 45-60 minit dan ia berjaya membuktikan bahawa buah kurma pembekal tenaga yang berkekalan. Anda mungkin mahu rasa kenyang dan kami sarankan anda makan kurma bersama air susu. Air susu merupakan minuman anti asid yang baik di mana ia membantu mengelak pedih ulu hati ketika bulan puasa.
Bahan-bahan:
5 biji buah kurma
Susu kotak, susu segar atau susu tepung
Ais
Kismis *tambahan*
Pisang *tambahan*
Cara membuat:
Biji buah kurma dibuang dan direndam ke dalam air panas untuk melembutkannya. Kemudian dikisar bersama air susu mengikut jumlah hidangan dan beberapa ketul ais. Kemudian, taburkan kismis/pisang supaya memberi rasa manis apabila mengunyah ketika minum.