Siapa ada dapat kiriman gambar ini di Whatsapp atau ada melihatnya di mana-mana laman internet? Baru-baru ini gambar seorang wanita yang didakwa bekerja sebagai guru telah menjadi viral di persada internet. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan guru tersebut yang memang tak dapat dinafikan memang cantik menawan.
Tapi, apabila diteliti komen para netizen tentang gambar yang turut dikongsi di Facebook PenMerah [dot] com ini, terkejut juga kami dengan komen para netizen yang berdebat dan berbalah dengan pendapat berbeza .
Ramai yang marah dan menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan pemakaian guru tersebut yang dikatakan mencolok mata dan akan memberi pengaruh tidak baik kepada pelajar.
Seperti juga caption asal gambar tersebut, ramai juga yang menjadikan ianya bahan jenaka seperti ini.
Ada juga yang suka dan memberi komen positif dan perdebatan semakin hangat apabila ada netizen yang memberi komen seperti membela guru tersebut.
Kami kurang pasti jika pakaian guru tersebut tidak menepati etika pemakaian guru di Malaysia. Menurut seorang netizen yang memberi komen, walaupun baju kebangsaan dibenar dan digalakkan , tetapi bukan kebaya pendek. Jadi mungkin pemakaian kebaya pendek seperti yang digayakan tidak menepati etika. Ini maklumat yang kami dapat dari sebuah blog.
ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN (Guru)
2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.
2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung.
2.4 Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.
Sejujurnya pada mata kami sekali pandang dari segi kesopanan pakaian tersebut tidaklah terlalu mencolok mata, (sekadar pandangan peribadi) tetapi mungkin aura baju kebaya itu sendiri yang memberi gambaran imej seksi kepada pemakainya tambahan lagi dengan rupa paras yang cantik.
Apa pula pandangan anda? Salahkah guru bergaya dan berpenampilan cantik ketika bertugas? Atau anda rasa pakaian guru ini tidak sesuai, mencolok mata dan menyalahi etika sebagai guru?