Wah untung sungguh bergelar selebriti terkemuka di Malaysia. Khabar terbaru, Rozita atau Che Ta dikhabarkan mendapat tajaan sepenuhnya Hospital Ampang Puteri untuk proses kelahiran anaknya kelak.
Sinar Harian yang melaporkan tajaan tersebut termasuk urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas A secara percuma. Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.
Bukan itu sahaja, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro. Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November.