Pembedahan plastik bukannya tentang mengubah wajah anda untuk kelihatan lebih muda dan lebih cantik. Pembedahan plastik rekonstruktif kadang-kadang diperlukan terutama ketika seseorang itu memerlukan pembedahan pembetulan akibat kemalangan dan kejadian yang tidak diingini.
Pembedahan plastik adalah industri yang semakin meningkat di mana lebih ramai rakyat Malaysia yang mencari jalan untuk menghilangkan kesan-kesan penuaan dan juga untuk menukar imej mereka dalam satu cara atau yang lain.
Tidak semua pembedahan kosmetik pembedahan besar, dan kelebihan yang tidak invasif dan juga minimum prosedur invasif mendorong banyak orang untuk mengambil langkah pertama ke arah mencari yang lebih baik. Dengan status Malaysia sebagai hab pelancongan perubatan di rantau ini, klinik estetik di Malaysia juga menerima peningkatan jumlah pesakit dari luar negara. Walau bagaimanapun, tidak semua klinik estetik di Malaysia adalah selamat dan diiktiraf secara profesional.
Oleh itu, untuk memahami dan mendalami lebih lanjut tentang prosedur ini, penulis berkesempatan meluangkan masa dengan Dr. Alice Prethima Michael, seorang doktor estetik, pakar bedak kosmetik dan juga pakar kesihatan di Ageless Medispa.
1. Pastikan klinik dan doktor disahkan oleh badan-badan seperti Malaysian Medical Council dan National Registry of Registered Medical Practitioners Practising Aesthetic Medical Practice.
2. Tiada undang-undang langsung untuk mencegah orang yang tidak mahir melakukan pembedahan kosmetik atau prosedur bukan pembedahan. Pada masa ini, Kementerian Kesihatan sahaja mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) 1998 dan juga Akta Perubatan 1971. Walau bagaimanapun, undang-undang ini dianggap tidak cukup untuk melindungi pesakit daripada ditipu oleh pakar bedah yang tidak berkelayakan.
3. Kementerian Kesihatan telah melakarkan garis panduan pada tahun 2007 tentang pembedahan kosmetik yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Pakar bukan perubatan, termasuk pengamal perubatan am swasta, tidak dibenarkan untuk menjalankan prosedur seperti implan payudara, liposuction, pembedahan kelopak mata, laser dan terapi cahaya berasaskan serta pemindahan rambut.
4. Pastikan sebelum anda membuat sebarang keputusan mengenai prosedur, anda berkomunikasi dengan pakar bedah dan mendapatkan khidmat nasihat yang betul agar mereka tahu matlamat anda berjumpa dengan mereka.
5. Untuk pengetahuan anda, jika anda menginginkan filler, ada suntikan seperti Botox dan Restylane. Namun, seperti semua prosedur perubatan, suntikan dan permanent dermal fillers membawa risiko kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan termasuk pendarahan, lebam, bengkak, kemerahan, gatal, perubahan warna kulit, jangkitan bakteria, jangkitan virus, ulser, ketulan dan tindak balas alergi. Jadi, penting untuk anda berhati-hati sebelum membuat keputusan.
6. Jangan sesekali biarkan dorongan doktor atau pakar bedah atau dimanipulasikan oleh mereka. Anda lebih tahu tentang diri anda malah hanya anda yang sepatutnya membuat keputusan mengenai pembedahan kosmetik. Juga dimaklumkan, anda mungkin harus bersedia dengan kekangan dan risiko prosedur, ingat bahawa tidak ada pakar bedah yang bebas risiko, tidak ada hasil yang dijamin, tidak ada implan selama-lamanya, kadar sembuh dan pulih berbeza-beza.
7. Ini penting! Pengamal perubatan estetik mesti dilesenkan dengan sewajarnya dan mempunyai latihan yang berkualiti tinggi serta kemahiran yang lengkap. Jika anda mempunyai rakan-rakan dalam bidang perubatan, minta nasihat dan berbincang tentang hasrat anda.
8. Pastikan anda dimaklumkan dan memahami sepenuhnya: Bagaimana untuk menyediakan pembedahan, apa yang akan berlaku semasa pembedahan, risiko dan kesan sampingan dari pembedahan, berapa lama tempoh pemulihan, dasar jagaan lanjutan, kos untuk penyemakan atau pembaikan yang diperlukan, jangka hayat setiap implan.
9. Ambil masa dalam memutuskan hasrat anda. Pembedahan kosmetik sememangnya mengubah hidup jadi penting untuk anda mengambil kira faktor kesihatan, kewangan dan emosi dari pelbagai pihak.
10. Tidak melakukan perjalanan jauh atau di luar negara untuk setiap pembedahan kecuali anda selesa dengan pengaturan untuk sebarang rawatan lanjut dan pengurusan atau komplikasi yang akan timbul. (individu yang melakukan prosedur di luar negara, anda perlu kembali ke tempat yang anda lakukan untuk rawatan lanjutan, jadi anda perlu ambil kira soal kos untuk ke sana)
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pembedahan kosmetik, layari laman web atau hubungi Ageless Medispa di 03-20950458.