Seorang pelancong dari Australia, Dylan Thomas, yang melancong ke pulau Bali terpaksa berdepan dengan pengalaman ngeri yang mungkin menjadikan dia trauma untuk masa yang lama. Apa tidaknya, seekor labah-labah tropika ‘berumah’ di dalam perutnya selama tiga hari tanpa disedari. Pihak hospital terpaksa melakukan rawatan kecemasan untuk menarik keluar labah-labah tersebut. Pembaca yang takut akan labah-labah tidak digalakkan membaca post ini.
Menurut kakitangan perubatan di Pusat Perubatan Antarabangsa Bali, labah-labah berkenaan telah membenamkan dirinya ke dalam kulit Dylan Thomas melalui bekas luka semasa melakukan pembedahan apendiks. Thomas yang berusia 21 tahun dari Bunbury, Australia Barat, berkata, dia merasa pelik apabila melihat terdapat garisan merah sepanjang dua inci muncul dari perutnya. Kemudian, garisan merah itu semakin memanjang lebih dari 2-3 inci. Thomas pergi berjumpa doktor pada keesokan harinya dan mereka mengatakan bahawa itu hanyalah gigitan serangga dan memberinya krim sapu.
Pada pagi Isnin, garisan merah itu mula melepuh. Thomas berjumpa pakar kulit dan di situlah doktor mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan lepuhan di perutnya. Doktor tersebut kemudiannya berjaya mengeluarkan seekor labah-labah bersaiz kepala mancis dari perutnya. Labah-labah itu yang sudah mati ketika ditemui telah dihantar untuk ujian makmal.
Kini dia telah mendapat jolokan ‘Spiderman’ dari pengguna internet yang membaca kisahnya yang semakin viral.
Berhati-hati semasa melancong ya pembaca semua. Memang takkan perasan perkara ini boleh terjadi kepada kita, tetapi kisah Thomas ini amat menakutkan!