Koleksi Alexander Wang X H&M baru dilancarkan hari ini, tetapi telah menjadi sebutan para penggemar fesyen yang sudah tidak sabar lagi untuk memilikinya. Kali ini, Wang mengenengahkan unsur sporty dan lebih praktikal yang boleh digayakan untuk kehidupan sehari-hari. Perincian teknikal digunakan untuk memantapkan koleksi ini tetapi pada masa yang sama masih trendy dan mengikuti arus fesyen semasa.
Koleksi Alexander Wang X H&M ( Wanita )
Koleksi ini menampilkan 38 item termasuklah pakaian, aksesori, pelbagai kelengkapan asas yang boleh digunakan untuk aktiviti harian anda. Yang menariknya, pakaian eksklusif ini boleh digayakan ke gimnasium, kelab ataupun dijadikan streetwear. Koleksi Alexander Wang x H & M boleh didapati di 250 cawangan H&M di seluruh dunia pada 6 November 2014 ( termasuk dalam talian ). ( Di Malaysia hanya di H&M LOT 10 dan H&M Avenue K )
Koleksi pakaian pada kali ini mengenengahkan elemen sporty tetapi fashionable seperti seluar pendek potongan laser, tank top dengan rajutan pola Pointelle dan kebanyakkan mempunyai logo Alexander Wang.
Pakaian luar juga lebih praktikal di mana Wang telah mereka beberapa jenis jaket untuk musim sejuk, jaket motosikal yang boleh dipadankan dengan sarung tangan skuba, beany jacquard dan stokin panjang dengang logo AW.
Harga : Pakaian wanita bermula RM119 hingga RM999. Aksesori termasuk stokin dan kasut bermula RM59.90 hingga RM699.
Koleksi Alexander Wang X H&M ( Lelaki )
Sama seperti koleksi untuk wanita, koleksi pakaian lelaki juga tampil dengan unsur urban dan lebih praktikal. Koleksi ini terdiri daripada 23 item termasuklah pakaian yang terbaharu dari Wang, aksesori yang masukkan sekali elemen-elemen humor. Koleksi Alexander Wang x H & M untuk lelaki boleh didapati bermula 6 November 2014 di 220 cawangan H&M di seluruh dunia, dan juga di dalam talian. ( Di Malaysia hanya di H&M LOT 10 dan H&M Avenue K ).
Harga : Pakaian lelaki bermula RM119 hingga RM1399. Aksesori termasuk stokin dan kasut bermula RM49.90 hingga RM799.
Koleksi Alexander Wang X H&M ( Unisex )
Terdapat pelbagai barangan unisex di dalam koleksi ini termasuklah mesh bagpack, beanie, ski googles, cermin mata hitam, aksesori magnet, keychain dan pelbagai lagi. Selain itu juga terdapat tikar yoga, botol air, set tuala, sarung tangan tinju untuk mereka yang berani bermain dengan fesyen.
Harga : Aksesori unisex bermula RM39.90 sehingga RM499
Ini adalah di antara pakaian dan aksesori pilihan editor :
Koleksi Alexander Wang X H & M ( Wanita )
Koleksi Alexander Wang X H & M ( Lelaki )
Lagi Koleksi Alexander Wang X H & M