Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

[ Ibubapa ] 7 Cara Mengajar Si Kecil Agar Cepat Bercakap

by Aida Sue
October 20, 2014
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

baby-talk

Mendengar anak kita bercakap dan meniru percakapan kita sangat menyenangkan hati terutamanya bagi si ibu. Tetapi menjadi kerisauan buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, tetapi masih lagi belum menguasai cara untuk bercakap. Jadi apa yang boleh dilakukan sebagai ibubapa supaya anak kita dapat bercakap dengan lebih pantas?

Jumpa rakan-rakan seusianya
Cara pertama supaya si kecil anda cepat belajar untuk bercakap atau berkomunikasi adalah temukan si kecil bersama rakan-rakan seusianya. Ajar anak anda berkomunikasi sekerap mungkin ,  terutama mereka yang sudah mula boleh bercakap. Kalau rakan seusianya sudah mula bercakap, pastinya anak anda boleh belajar bercakap dengan lebih pantas.

Berkomunikasi dengan anak anda

Kerana jarang diajak berkomunikasi, hal ini juga menjadi salah satu menjadi penghalang terutama jika kedua-dua ibu bapanya sibuk bekerja. Cari masa dan habiskan bersama si kecil setiap kali ada kesempatan dan ajaklah mereka untuk bercakap tentang apa saja. Ini akan membantu mereka mengembangkan daya ingat dengan mengingat nama.

Sebut nama semua benda
Dengan memberitahu atau menyebut nama semua benda yang ada di sekitarnya, ini dapat membantu anak untuk mula menghafal. Hal ini juga boleh membuat mereka mengembangkan daya ingatan mereka juga.

IKLAN

Membaca Sebelum Tidur
Bacakan kisah dongeng ataupun cerita sebelum tidur kepada anak-anak kecil anda. Jika dilakukan secara kerap, pastinya anak anda akan cuba meniru gaya percakapan anda dan menghafal cerita itu.

Melalui rima lagu

Lagu merupakan elemen penting untuk mengajar anak anda berbincara. Sampaikan cerita ataupun lagu dengan rima yang mudah dan sama. Ini akan menjadikan si kecil cuba meniru nyanyian anda.

Ulang ayat
Ucapkan ayat atau perkataan yang mudah lalu minta anak anda mengulangi apa yang anda katakan. Hal ini pun boleh membuat anak anda bercakap dengan lebih lancar. Mengulangi perkataan atau ayat berkali-kali akan membuat mereka mengingat apa yang anda ucapkan dan mereka lebih mudah jika disuruh mengucapkannya kembali.

Bermain dengan permainan anak anda

Apabila anda bermain dengan anak anda, pastikan anda tidak berkongsi dengan anak anda. Sebaliknya, tunggu sehingga anak anda cuba untuk meminta permainannya daripada anda. Pada masa ini, anda boleh ajar anak ada perkataan “minta”,”pinjam”, “mahu” dan ajar dia menggunakan perkataan mudah untuk meminta barang permainan. Sama juga dengan makanan kegemarannya.

Tags: [ Ibubapa ] 7 Cara Mengajar Si Kecil Agar Cepat Bercakapajar anak bercakapajar bayi bercakapajar bercakaptips anak keciltips bayi
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.