Kanser Payudara merupakan salah satu pembunuh utama wanita bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Menurut laporan Globocan pada tahun 2012, kanser payudara merupakan kanser kedua yang paling biasa di dunia dan, setakat ini, kanser yang paling kerap dihidapi oleh wanita dengan perkiraan 1.67 juta kes kanser baru didiagnosis pada tahun 2012 (25% daripada semua jenis kanser). Ramai wanita ( dan lelaki ) yang masih mengambil enteng mengenai kanser payudara dan menganggap ia hanya menyerang wanita yang sudah berumur 50 tahun ke atas. Walau bagaimapun sebenarnya ia mampu menyerang wanita semuda 35 tahun.
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, kami ingin berkongsi sedikit maklumat dan fakta mengenai kanser payudara di dalam bentuk infografik untuk memudahkan pembaca mengetahui 10 fakta terkini mengenai kanser payudara.