Masihkah anda ingat aktor seberang, Baim Wong pernah berseloroh dalam program TV Meletop mengakui dia dan pelakon muda Malaysia, Elfira Loy kini sedang bercinta. Saat ditanya berkali-kali oleh hos Nabil dan Neelofa, Baim tetap mengakui hal ini biarpun cuba dinafikan Elfira malah hampir menunjukkan SMS yang menjadi bukti hubungan mereka.
Kini, terbaru daripada mereka, Media Indonesia melaporkan yang Baim Wong & Elfira Loy hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama. Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis perkahwinan itu.
‘Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang’ ujar Baim Wong seperti dilaporkan media Indonesia.
Elfira Loy mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Baim Wong yang berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo. Pandai Elfira Loy mahupun Baim Wong sorokkan hubungan mereka selama ini.