Teman lelaki kamu punya ciri-ciri BFF? Yang kami pasti ada jejaka yang sayangkan teman wanita tetapi tak sanggup nak lepak dengannya 24 jam! Jadi, nak tahu jika BF kamu punya ciri-ciri BFF. Jom semak 10 ciri ini.
1. Kamu lebih suka melepak dengan si dia daripada keluar dengan kawan-kawan wanita.
2. Dia tidak pernah simpan rahsia dan lebih rela beritahu kamu segala-galanya (termasuk gosip kawan lelaki yang lain).
3. Kamu berdua ada hobi yang sama. Dan sudah faham bahawa tiada perbincangan boleh berlaku ketika rancangan TV kegemaran kamu berdua.
4. Kamu saling buat pesanan makanan untuk satu sama lain. Dah tak perlu tanya. Jika si dia suka makan ayam goreng, kamu dah tahu si dia mahukan spicy atau original semasa membuat pesanan.
5. Kamu berdua tak perlu “melekat” ke mana saja setiap hari tetapi bila si dia ada kamu rasa lebih tenang. Dan bila berjauhan pasti kamu akan rasa awkward kerana tak semua orang akan ketawa melihat badut memakai rambut palsu hijau. Hanya si dia yang akan faham.
6. Kamu berdua ada banyak inside joke yang orang luar takkan faham. Adakalanya bila kamu berdua keluar dengan geng lain, kawan-kawan lain bosan bila kamu berdua bagaikan dalam dunia sendiri.
7. Kamu berdua dah tahu apa yang bermain dalam fikiran kalian. Tak perlu cerita panjang bila menonton filem yang membosankan. Pasti kamu berdua dah tahu yang selepas 10 minit adalah masa sesuai keluar dari panggung wayang.
8. Bila ada apa jua krisis, kamu berdua akan saling mendapatkan nasihat daripada each other. Tiada siapa yang lain yang kamu rasa boleh memahami masalah kamu.
9. Bila kamu berdua bertengkar, kamu tak risau jika diantara kamu “hilang” seketika kerana dah biasa dengan karenah masing-masing. Selepas beberapa hari, pasti ada yang akan mulakan langkah untuk berbaik tanpa ada perasaan yang tersinggung.
10. Kamu boleh berkongsi pandangan dan tahu apa satu sama lain berfikir. Ia agak mudah untuk kamu sepintas lalu ketahui apa yang bermain dalam fikirannya. Tak kisahlah jika ia mengenai makanan ataupun lagu yang bermain di radio. Kamu dah tahu apa si dia nak katakan.
Majalah Cosmopolitan