Di China, semuanya boleh dijadikan sumber pendapatan, asalkan rajin. Baru-baru ini, sebuah syarikat telekomunikasi di China mengupah seorang tukang jahit di kedai telekomunikasi mereka. Apa relevannya tukang jahit dengan telco? Ya, mereka memberikan perkhidmatan untuk membesarkan poket pelanggan untuk menampungkan saiz telefon pintar iPhone 6 Plus yang baru-baru ini telah dimula dipasarkan.
Menurut portal Tech in Asia, gambar seorang tukang jahit di sebuah kedai telekomunikasi, China Unicom telah menjadi viral di Weibo dengan papan tanda iklan yang besar :
“If you want to buy the iPhone 6 Plus, are your pockets big enough for it?” ( adakah poket anda cukup besar jika anda mahu membeli iPhone 6 Plus? )
Foto itu juga menunjukkan penjahit itu sibuk bekerja mengubah saiz poket seluar pelanggan. Tetapi menurut laporan media di China, gerai itu diletakkan di hadapan kedai untuk menarik perhatian media dan netizen yang semestinya akan membantu ‘mempromosikan’ kedai mereka di internet. Ternyata cara itu membuahkan hasil! Sebenarnya ini bukan pertama kali terjadi. Sebelum ini, sebuah syarikat telekomunikasi tempatan KPN di Amsterdam turut mengupah penjahit untuk membesarkan poket seluar di salah satu kedai mereka apabila iPhone 6 Plus dilancarkan di sana.