Baru-baru ini ada sebuah portal menulis mengenai beberapa keping gambar seorang wanita dipercayai seorang guru bersama beberapa budak sekolah yang menyajikan makanan pelik dan agak menggelikan iaitu katak. Seorang wanita bernama Atikah Ahmad telah menyebarkan gambar guru yang memegang katak yang dicucuk pada sebatang kayu dengan kapsyen :
Belum reda pasal isu sentuh anjing, ini seronok makan katak pula..
MasyaAllah
Pada hari ini , satu laman Facebook ( Sukan Star TV ) telah menjelaskan mengenai gambar yang tersebar dengan kapsyen berunsur fitnah.
Assalamualaikum admin sstv.. mohon jasa baik admin untuk buang pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu. Tak ada siapa yang makan katak tu. Sekadar perkongsian ilmu survival
Assalamualaikum,
Saya Pn Atikah Ahmad ingin mohon maaf. berkenaan status “belum reda isu pegang anjing dah timbul isu makan katak pula”. Dengan ini saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan saya juga mahu memohon maaf kepada individu yang terlibat.
Saya tiada berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa cuma terkejut melihat paparan gambar tersebut seolah-olah menunjukkan penyediaan juadah makan katak.
Saya terkejut dgn isu sebelum ni (berkenaan isu menyentuh anjing), dan selepas itu terpapar gambar seperti ini membuatkan saya terkejut. Dengan kekeliruan pihak saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua individu yang terlibat dalam paparan gambar.
Mohon maaf sekali lagi.-Atikah.Ahmad-
Di zaman yang serba canggih ini, pelbagai perkara fitnah memang mudah disebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut.