ZALORA, destinasi fesyen dalam talian terulung di Asia buat julung kalinya menganjurkan Festival Fesyen bersempena dengan pelancaran medium terbaru ZALORA, ‘Marketplace’ di mana pelbagai label fesyen tempatan yang semakin mencipta nama berkumpul di Boulevard, Paradigm Mall, Kuala Lumpur.
Medium ini dicipta oleh ZALORA dan diperkenalkan kepada peniaga dalam talian pada 26 April 2014. Ia direka khas untuk membantu dan memberi peluang buat perniagaan fesyen seperti kedai dalam talian, butik dan pereka baru untuk mempamerkan reka bentuk dan produk mereka ke seluruh Malaysia. Medium ‘Marketplace’ telah berjaya menghimpunkan lebih 100 label tempatan buat pelanggan ZALORA sejak ia diperkenalkan.
Jenama yang terpilih menyertai pertunjukan fesyen termasuklah : Hi Style, MilkTee, Starroom, Coccha, Nunfish, Covetz, POPculture, Lovemartini dan Earth Heir untuk pakaian wanita; Azzara Cottons, Muslimah Clothing Couture dan Closetheart untuk pakaian muslimah; Posse dan Hi Style untuk lelaki; dan Paku, Luccacal, 2553, Dosscaps, VSoft and Chenta Watie Scarf untuk aksesori.
Koleksi terbaru daripada para peniaga ‘Marketplace’ kini boleh didapati di Zalora Malaysia