Bertempat di Restoran Bora Asmara pagi tadi, telah berlangsungnya satu majlis pelancaran peraduan Lux Fabulous bersama duta Lux Malaysia iaitu pelakon popular Nur Fazura. Di dalam majlis yang diadakan secara sederhana dan intim bersama media dan bloggers, Fazura telah memperkenalkan peraduan yang menawarkan hadiah sehingga RM100,000 termasuklah sebuah kereta Perodua Myvi, hadiah menonton wayang bersama Fazura dan macam-macam lagi.
Fazura yang tampil santai dengan top berwarna hijau muda dan seluar putih amat ceria dan teruja dengan hadiah yang ditawarkan di dalam peraduan istimewa ini dan beliau juga turut berkongsi tips menarik bersama media.
Peraduan Lux Fabulous
- Layari www.facebook.com/Lux Malaysia dan buka aplikasi peraduan.
- Peserta hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular.
- Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman paling hebat akan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi.
- Selain itu juga, pelbagai hadiah menarik ditawarkan iaitu Hadiah Pertama : 5 x 1 Vespa , Hadiah Kedua : Berpeluang menonton wayang tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Fazura pada 11 Disember 2014 dan pemenang ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun.
- Peraduan bermula 1 Oktober hingga 30 November 2014.
Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan boleh didapati di sebuah kedai di seluruh negara. Lux 950ml berharga RM17.90, 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.