LINE, platform mudah alih terkemuka di dunia dengan 560 juta pengguna, mengumumkan pelancaran B612, aplikasi kamera yang direka khusus untuk Selfie. Aplikasi kamera yang sangat ringkas ini direka bertujuan untuk mengurangkan sebarang ciri yang tidak diperlukan dan hanya memfokus kepada hasil Selfie yang lebih cantik dan menawan. Selepas pelancaran yang begitu berjaya di iOS, aplikasi ini kini boleh didapati di Google Play untuk pengguna Android.
Aplikasi Kamera B612 dari LINE adalah satu alat yang hebat, ia mempunyai banyak pilihan penapis yang sedia untuk dicuba. B612 adalah untuk mereka yang mahukan gambar diri mereka yang menawan, untuk mereka yang gemar menunjuk-nunjuk gambar diri mereka di profile rangkaian laman sosial dan kaki ambil gambar yang gemar mengemaskini imej mereka sendiri di mana saja mereka berada.
Aplikasi ini terbukti sangat diperlukan, sama ada untuk mengambil gambar yang sempurna, bergambar dengan rakan atau menyimpan rekod kehidupan seharian anda. Berseronok sambil mengambil Selfie menawan dengan B612 dan bersinar bagai bintang!
Bagaimana untuk berseronok dengan B612 dan mengambil gambar Selfie yang menawan!
Bagaimana untuk Mengambil dan Menyimpan foto
- Gunakan kamera B612 pandang-depan, rakam gambar Selfie menggunakan satu tangan sambil menekan di mana saja pada skrin berdekatan dengan pengatup.
- Gambar yang tidak diingini tidak akan simpan dalam ‘folder’ anda. Sebaik mengambil gambar terbaik yang ingin disimpan, hanya tekan butang simpan di kanan sebelah bawah.
- Tiada bunyi kedengaran apabila pengatup lepas. Ambil gambar di mana saja tanpa perlu bimbang orang disekeliling anda.
Sejumlah 53 Penapis Direka Khusus untuk Selfie (53 penapis boleh didapati untuk Android, dan 49 penapis boleh didapati untuk iOS sejak 24 Oktober 2014.)
- Daripada 53 penapis yang tersedia, berseronoklah memilih penapis yang paling sesuai dengan mood anda.
- Tekan ikon rawak untuk berubah kepada penapis rawak. Anda juga boleh menukarkan penapis dengan hanya menyentuh skrin, membolehkan anda mencari pilihan kegemaran semuanya dengan hanya satu jari.
- Imej pra-penapis akan dipaparkan di skrin sebelum anda mengambil gambar, anda dapat melihat hasil gambar tersebut sebelum mengambilnya. Raikan kemudahan dengan menggunakan penapis B612!
Pemfokusan-Lembut tanpa perlu persediaan sebelumnya
- B612 mengenalpasti individu secara otomatik, memfokus di luar latar belakang bagi menonjolkan wajah dan badan. Anda pasti takjub melihat betapa profesional gambar anda kelihatan!
Juga Lengkap dengan ciri Kolaj yang mudah digunakan
- Tekan ikon disebelah kiri bawah skrin sebelum mengambil gambar untuk mengaplikasi ciri kolaj.
- Anda boleh memilih penapis mengikut citarasa anda pada masa yang sama
Tidak pernah sebegini mudah untuk berkongsi dengan rakan-rakan
- Mudah untuk berkongsi Selfie anda dengan mengemaskini pos dan berkongsi di Facebook, Twitter dan juga Instagram