Lee Yeon Hee, pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga SK-II Brand Ambassador telah mengingatkan wanita Malaysia bahawa bukti baru dari SK-II Skin Destiny Study telah menunjukkan bahawa wanita hari ini dapat mengawal nasib kulit mereka sendiri untuk kelihatan cantik selama-lamanya walaupun mereka berada dalam usia 40-an, 50-an dan 60-an.
Ini merupakan lawatan pertama Lee Yeon Hee ke Malaysia dalam berkongsi pengalaman SK-II #ChangeDestiny bersama para peminat dan pengguna setia SK-II. Kami juga berkesempatan meluangkan masa menemu ramah pelakon tinggi lampai yang terkenal dengan drama Miss Korea ini.
1. Apa perasaan anda bila dipilih sebagai SK-II Brand Ambassador?
Saya rasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana SK-II merupakan jenama produk penjagaan kulit yang sangat berprestij. Jadi, bila saya terpilih ini merupakan platform untuk saya berkongsi rahsia dan tips penjagaan kulit bersama para peminat.
2. Apa produk SK-II kegemaran anda dan kenapa anda memilihnya?
Apabila saya diperkenalkan kepada SK-II Facial Treatment Essence dua tahun yang lalu, perubahan agak luar biasa dan cepat pada wajah menarik minat saya – kulit saya menjadi lembut, lembap, sekata malah glowing dan radiance. Kini, kulit saya bersinar dan ini memberikan saya keyakinan untuk keluar walaupun tanpa mekap.
3. Bagaimana anda menjaga kecantikan wajah supaya kekal lembap dan sihat sepanjang hari?
Sebenarnya saya jenis ‘morning person’, walau tidak mempunyai jadual juga saya akan pastikan saya bangun pagi, mengambil sarapan seimbang, senaman ringan untuk sentiasa keep fit dan maintain.
4. Produk yang mesti anda bawa bila keluar dari rumah?
Sun cream dan BB Cream
5. Siapa ikon kecantikan anda?
Hurmmm. Saya memilih pelakon Kim Hee Ae sebagai ikon kecantikan kerana beliau sentiasa tampil cantik dan berketrampilan walaupun usia sudah menginjak 47 tahun. She looks forever young!
6. Siapa ikon fesyen anda?
Soalan ini agak susah. Sebenarnya saya tidak mempunyai ikon fesyen. Kalau boleh biarlah saya yang menjadi ikon fesyen. (Ketawa)
Terima Kasih