Isu halal dan haram tidak seharusnya dipandang enteng dan kerana itu umat Islam di Malaysia dinasihati agar mengelak daripada mengambil makanan yang diragui status halalnya. Menurut pendakwah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang menerangkan keadaan berbeza apabila berada dalam keadaan darurat, ia membolehkan kerana ketika itu tidak mempunyai pilihan.
Boleh baca – Bagaimana Ingin Mencari Makanan Halal di Luar Negara
“Jika makanan yang ingin diambil itu meragukan, sebaiknya elakkan, begitu juga jika ia warak (tahap kepastian haramnya lebih tinggi), lebih baik kita tinggalkan kerana masih ada pilihan. Menjadi kewajipan kita tinggalkan jika ia haram, kerana jika diambil menyebabkan gelap hati,” katanya.
Umat Islam perlu peka, tidak semua status halal makanan itu dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana boleh dipalsukan. Sementara itu, Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan menasihatkan rakyat tidak membeli produk diragui statusnya dan perlu memahami maksud halal sebenar. Presidennya, Ahmad Othman berkata, kebanyakan produk dari negara jiran digunakan sejak turun temurun lagi.
Jika anda inginkan kepastian dan info serta maklumat produk halal, anda boleh ke Direktori Halal – Portal Rasmi Halal Malaysia.
Sinar Harian