Pedro adalah kedai yang mengetengahkan kemewahan moden dan juga gaya dengan pengaruh antarabangsa pada barangan fesyen keluaran mereka untuk kaum wanita dan lelaki. Kepintaran dalam berfesyen dalam setiap musim diberikan penekanan utama dalam setiap ciptaan barangan Pedro. Selain itu, jenama yang terkenal ini menawarkan pelbagai barangan eksklusif untuk lelaki seperti kasut, beg, tali pinggang, dompet, dan juga tali leher yang menampilkan reka bentuk yang unik dan menonjol. Bagi barangan wanita pula, Pedro mementingkan ciri-ciri moden, feminin, dan juga elegen.
Pedro telah beroperasi di negara-negara seperi Cambodia, Indonesia, Kuwait, Malaysia, Morocco, Oman, Pakistan, Philippines, Qatar, Singapore, Thailand, United Arab Emirates dan Vietnam.
Pedro baru-baru ini telah mengumumkan pembukaan cawangan terbarunya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, Malaysia pada Oktober 2014 yang merupakan cawangan ke-12 di Malaysia. Cawangan terbaru Pedro ini terletak di Ground Floor (Lot G-032). Jadi bagi warga kota yang ingin mendapatkan produk terbaru Pedro, pastikan anda berkungjung ke butik Pedro yang terbaharu ini!
Sebelum ini, Pedro telah menapak di KLIA2, Nu Sentral, KLIA, Sunway Pyramid Shopping Mall, Gurney Paragon Mall, Queensbay Mall, Johor Premium Outlet, Pavilion KL, Empire Shopping Gallery, dan juga 1 Utama Shopping Centre.