Saat menonton siri atau filem India di televisyen, mata anda akan diserikan dengan pelbagai gaya dan fesyen baju serta perhiasan cantik yang dipakai oleh para pelakon. Boleh dikatakan pakaian dan aksesori yang dikenakan oleh artis Bollywood ini sangat glamor dan penuh warna-warni. Salah satu yang paling ketara adalah penggunaan aneka aksesori di atas kepala yang membuat para pelakon kelihatan cantik dan anggun. Aksesori ini umumnya digunakan ketika majlis pernikahan ataupun upacara khusus. Jom kenali 3 jenis aksesori yang dipakai mereka.
Maang Tikka
Maang tikka adalah aksesori yang berbentuk menegak tepat di belahan tengah rambut wanita. Reka bentuk adalah berbeza-beza, mulai dari yang besar hingga yang cukup simple. Maang tikka menjulur dari bahagian tengah kepala hingga ke kening. Reka bentuk utamanya umumnya terletak pada loket yang melekat pada kening wanita, tepat di atas Bindia atau titik yang biasa digunakan oleh wanita hindu India.
Matha Patti
Matha patti adalah perhiasan yang umumnya menutupi bahagian sempadan rambut dan kening. Bentuknya melengkung mengikuti bentuk kepala dan mempunyai aneka ragam reka bentuk menarik. Matha patti juga ada yang berbentuk setengah atau dikenali sebagai half matha patti, yang hanya menghiasi setengah bahagian kepala sahaja. Menariknya aksesori ini ialah ianya tidak hanya digunakan di India, malahan juga dipakai di negara lain. Jika anda ingin memilikinya, pilihlah rekaan simple dan neutral agar dapat digunakan dalam apa juga fesyen sekalipun.
Jhumar
Jhumar umumnya digunakan oleh wanita India muslim. Bentuknya mirip layang-layang dengan kedudukan terbalik dan dipasang di bahagian kiri rambut. Jhumar membuat pemakainya kelihatan lebih bergaya dan romantis.