Pada 17 Oktober 2014 yang lalu, jenama terkenal Dressing Paula telah melancarkan koleksi pakaian “Fall Holiday Collection” 2014/15 yang terbaharu mereka yang bertemakan “Urban Army“. Mereka kini perkenalkan koleksi bergaya dan berani.
Dengan cetakan harimau bintang, potongan tentera dan warna yang menyerlah, “Fall Holiday Collection” memberi tumpuan kepada penghasilan pakaian yang berstruktur dan bersegi, namun masih sesuai untuk semua wanita. Koleksi yang terbaharu ini juga menggabungkan warna-warna tropikal yang terang dan diselitkan juga ton tentera yang memancarkan kekuatan dan gambaran tentera moden. Koleksi ini mengetengahkan pelbagai cetakan rekabentuk yang bergaya seperti cetakan harimau bintang, abstrak dan corak zig-zag.
“Fall Holiday Collection” ini menggabungkan mesh, kapas, satin, crepe, sutera dan sifon ke dalam rekeaan mereka untuk menonjolkan lagi tema “Urban Army”. Koleksi kali ini mementingkan warna yang gelap tetapi berani: hitam dan putin, oren, biru royal, kelabu dan emas mawar.
Ketua Pemasaran Dressing Paula, Tan Ai Lee berkata, “Konsep Urban Army ini membolehkan kami pergi melangkaui konsep tardisi elegen sekaligus gembira menghasilkannya. Koleksi percutian kami adalah berlainan daripada kebiasaan, namun tetap setia kepada janji jenama kami iaitu keanggunan dan kecanggihan.
Koleksi “Urban Army” ini mempunyai beberapa potongan yang utama, seperti boxy cropped tops, mesh cropped bomber jackets, body-con lace printed dresses, cropped printed sweatshirts, sequins minis dan slouchy cardigans.
Dressing Paula ditubuhkan bertujuan untuk membolehkan wanita diperhatikan berdasarkan siapa diri mereka yang sebenar. Jenama ini menekankan potongan yang halus dan berjenama bagi wanita yang berkeyakinan. Tagline Dressing Paula iaitu, “Women before clothes” diterjemahkan ke dalam reka bentuk, sesuai bagi wanita yang mencari pakaian yang memainkan peranan dalam mendorong mereka ke hadapan dan mampu menonjol pada pertemuan korporat dan majlis-majlis sosial.
Dressing Paula kini boleh didapati di Avenue K, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Setia City Mall, The Mines, Queensbay Mall dan Gurney Paragon di Pulau Pinang dan juga Parkson 1 Utama dan Parkson Mahkota Parade di Melaka.
Jadi, tunggu apa lagi? Cepat pergi ke cawangan Dressing Paula yang berdekatan anda dan dapatkan koleksi “Urban Army” yang menarik ini!