Bangkok, ibu negara Thailand sekarang sudah berubah menjadi bandar yang moden dengan seni dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian dan juga kelainan daripada segi fesyen, restoran, dan juga budayanya telah menjadikan Bangkok terkenal dalam kalangan pelancong. Kemajuan yang dilihat di bandar ini dengan pusat beli-belah, muzium dan kemudahan pengangkutan yang baik menjadikan Bangkok sebagai salah satu destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang gemar melancong.
Disini Wanista ingin berkongsi dengan anda mengenai 6 perkara yang wajib anda lakukan sekiranya anda bercuti ke Bangkok, Thailand.
1. Melawat Grand Palace
Grand Palace, Istana raja Thai yang berusia 150 tahun memang menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Bangkok. Pelancong kebiasaannya pasti akan tertarik dengan kecantikan istana raja ini. Tarikan utama istana ini adalah kecantikan binaan dan strukturnya yang unik.
2. Makan di Chinatown Market
Pasar ini mempunyai pelbagai jenis makanan dan juga barangan yang mampu menepati citarasa semua orang. Ia menawarkan makanan-makanan utama Thailand dengan harga yang berpatutan.
3. Perjalanan Bangkok Khlong (terusan)
Perjalanan ini akan membawa anda pergi melihat orang-orang mereka yang masih mengekalkan cara hidup lama. Bangunan kayu lama mereka juga masih dikekalkan sehingga sekarang. Sepanjang perjalanan ini, anda bakal dibawa menaiki perahu panjang yang dihias indah sambil dapat menikmati pemandangan yang cantik di sekitar kawasan tersebut.
4. Melawat Temple of Dawn
Temple of Dawn atau dikenali sebagai Wat Arun telah dibina pada kurun ke 19 lagi. Struktur pembinaannya menonjolkan corak bunga dalam porselin berkilat. Pemandangannya akan bertambah indah jika dilihat pada waktu malam.
5. Menikmati pemandangan matahari terbenam di roof top restoran
Bangkok mempunyai banyak restoran-restoran tinggi yang membolehkan anda menikmati makanan anda di atasa bumbung bangunan restoran, sekaligus merasai sendiri pengalaman melihat matahari terbenam. Antara restoran yang terkenal di sana adalah Tower Sirocco, Banyan Tree Vertigo dan Moon Bar.
6. Makan malam di bot pelayaran (cruise)
Makan malam di atas bot yang mewah dan ekslusif, disajikan juga dengan makanan yang enak sambil menikmati pemandangan Bangkok diwaktu malam sudah pasti bakal memberikan suatu memori yang indah buat anda. Anda juga dapat merasai pengalaman menaiki bot sepanjang sungai Chao Phraya.