Beberapa bilik di The Georgian House Hotel telah diberikan nafas baru apabila mereka telah mengubahsuai rekaan dalaman bilik hotel itu seperti sekolah magis Hogwarts di dalam filem Harry Potter. Memang menarik! Penulis juga membesar dengan filem-filem Harry Potter dan ternyata kalau penulis ke London, peluang menginap di hotel ini takkan penulis lepaskan.
Terdapat beberapa bilik tidur yang diberi nama “Wizard Chamber” yang mempunyai katil “Muggle size”, botol posyen dan aksesori bertemakan filem terhebat itu. Bilik hotel istimewa itu boleh didapati secara pakej bersama “Muggle walking tour” ala Harry Potter yang bermula dari London dan ke pelbagai tempat-tempat yang dijadikan ilham penulis JK Rowling.
Selain itu juga, pelancong boleh mengambil pakej penginapan hotel bersama pakej kembara ke studio rakaman filem Harry Potter iaitu Warner Brothers Studio Tour. Pakej penginapan semalam dan kembara itu berharga RM1375 untuk dua orang dewasa ( pakej penginapan sahaja adalah RM1000 ) manakala pakej penginapan bersama tiket Warner Brothers Studio Tour untuk dua orang berharga kira-kira RM2000. Jom lihat apa yang menarik di dalam bilik hotel bertemakan filem Harry Potter ini!