Satu surat pekeliling telah dikeluarkan untuk penjawat awam yang menjalankan perniagaan secara dalam talian ( online ). Surat pekeliling yang bertarikh pada 6 Mac lalu telah diedarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada semua kementerian kerajaan.
Baru-baru ini, satu surat pekeliling yang lain telah dikeluarkan untuk penjawat awam di Kementerian Pendidikan yang melarang semua pegawai pendidik menjalankan perniagaan secara dalam talian. Memang ramai sebenarnya yang menjalankan perniagaan secara online kerana ianya mudah dan menjimatkan. Tetapi sebenarnya ia melanggar Akta Kelakuan Dan TataTertib 1993.
Surat Kementerian Pendidikan Malaysia