Maybelline New York, jenama kosmetik No.1 di dunia dan di Malaysia hari ini memperkenalkan inovasi terbarunya, tambahan terkini pada rangkaian maskara Volum’ Express®. Dinamakan BIG EYES MASCARA, ia merupakan maskara dwi-hujung pertama yang memberikan anda kawalan penuh pada bulu mata bagi mendapatkan mata yang 2X lebih besar dengan hanya satu kali sapuan!
BIG EYES MASCARA ini dirumuskan khas untuk menyelesaikan masalah yang biasa dialami wanita yang inginkan rupa ‘mata besar’. Antara kerisauan utama yang dihadapi wanita Asia ketika menggunakan solekan adalah bagaimana caranya untuk menyolek mata. Semua inginkan mata yang kelihatan besar dan manawan. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita berhadapan dengan masalah yang sama, seperti mata kecil, mata kuyu, bulu mata yang pendek, atau bulu mata yang tidak boleh lentik, walaupun setelah anda cuba melentikkannya berkali-kali!
Untuk menyelesaikan masalah ini, BIG EYES MASCARA memberikan penyelesaian mudah dengan 2 berus: Berus Besar, dengan bulu kejur penuh, sesuai bagi menghasilkan volum yang tebal dan ‘melebatkannya’ lagi, manakala Berus Mikro sehalus 2mm membolehkan anda memberus dan meletakkan sapuan pada setiap helai bulu mata, sekecil mana pun ia, terutamanya bulu mata yang susah dicapai serta bulu bawah mata.
Anda juga boleh memadankan gaya ‘Big Eyes’ anda dengan Big Eyes Shadow, palet pembayang mata Maybelline New York pertama yang menjanjikan dapat menjadikan mata anda +30% lebih besar. Rumusan gel-serbuk ini selicin gel, namun boleh disapu dengan mudah seperti bedak, dan ini memberikan anda warna yang mendalam. Rekaan palet ‘Pakai Sebagaimana Anda Lihat’ menjadikan solekan mata besar mampu dilakukan oleh semua orang, termasuklah mereka yang belum mahir bersolek. Dalam beberapa minit sahaja, anda juga boleh mendapatkan mata yang +30% lebih besar dengan palet pembayang mata besar pertama!
Maybelline New York BIG EYES MASCARA boleh didapati dalam warna hitam dan dijual pada harga yang disyorkan RM45.90 setiap satu, manakala pembayang mata Big Eyes SHADOW boleh didapati dalam tiga warna: Gorgeous Pink, Smokey Brown dan Copper Gold, dan turut dijual pada harga yang disyorkan RM45.90 setiap satu.