Kontroversi video seksual penceramah agama baru-baru ini telah memberi tempias kepada keluarga Ustaz Azhar Idrus. Masakan tidak, fitnah dan ujian yang melanda keluarga Ustaz Azhar bukannya kecil, tetapi semestinya memberikan impak yang besar kepada isteri-isteri ustaz. Baru-baru ini kami ada melihat status yang dimuatnaik oleh isteri pertama Ustaz Azhar yang dikahwini sejak 24 tahun lalu iaitu Puan Rogayah Sulung. Status yang dimuatnaik itu amat hiba sekali dan ternyata memberikan impak paling besar buat Puan Rogayah.
“Duhai hati.. banyakkanlah bersabar, yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.. ALLAH sebaik-baik perancang.. hanya pada Mu lah kami berserah dan kami mohon pertolongan..”
Sebelum itu, isterinya turut memuat naik status di laman Facebook berbunyi:
“Subhanallah.. hebatnya ujian dan dugaan yang kau berikan pada keluarga kami.. tak tertanggung rasanya.. ku mohon ya ALLAH agar kau tutupilah segala keaiban kami dan berilah kami kekuatan dlm menghadapi musibah ini.. terima kasih tak terhingga kepada yang sudi mendoakan.. semoga ALLAH merahmati kita semua dunia dan akhirat.. aameen.”
Ramai penyokong Ustaz Azhar memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat keluarga itu agar tidak menghiraukan fitnah yang dilemparkan kepada Ustaz.
Sementara itu, tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar minggu lepas.
Apapun, kami harap agar Ustaz sekeluarga redha dan tabah menghadapi ujian ini. Jangan putus asa menyebarkan agama Islam!