Khabar baik untuk bakal ibu dan ibu baru bersalin! Mereka kini boleh menikmati kemudahgunaan dan keberkesanan Mandian Herba Bersalin + Halia TYT baharu daripada Hong Yang Hoo Pharma TYT Sdn Bhd (TYT) semasa tempoh berpantang selepas bersalin mereka. Menggabungkan kebaikan Mandian Herba Bersalin TYT yang sedia ada, halia ditambah kepada rumusannya untuk memanaskan badan, melancarkan peredaran darah dan membantu menghilangkan angin dan kesejukan di dalam badan.
Disediakan khas daripada rumusan keluarga berdasarkan amalan perubatan tradisional, Mandian Herba Bersalin + Halia TYT menggabungkan kebaikan herba yang dipilih khas yang mempunyai sifat-sifat khusus yang boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan angin dari badan, dan menguatkan badan ibu baru bersalin, di samping melegakan bengkak ringan dan kesakitan akibat proses kelahiran.
Selain halia, ramuan yang termasuk sekentut untuk melegakan kesakitan dan bengkak, herba European verbena untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan toksin, kulit limau bali untuk menghilangkan kesejukan dari badan dan merangsang peredaran darah, daun dukung anak untuk merangsang peredaran darah, dan daun sembung untuk menghilangkan kesejukan dari badan dan melegakan kesakitan.
Dengan Mandian Herba Bersalin + Halia TYT baharu serta Mandian Herba Bersalin TYT yang sedia ada, pengguna dapat menikmati kemudahan segera – hanya didihkan uncang herba untuk mengeluarkan khasiatnya, biarkan air menyejuk sehingga mencapai suhu 37°C, dan siaplah air mandian herba anda.
Petua penggunaan
- Mandian Herba Bersalin + Halia TYT sesuai untuk mengelap badan, mandian biasa ataupun mandi hujan, dan untuk mencuci rambut.
- Mendidihkan uncang herba untuk masa yang lebih lama akan menghasilkan air mandian dengan keharuman yang lebih kuat.
- Berdasarkan amalan tradisional yang menegah ibu baru bersalin daripada mandi supaya tidak mengalami sakit migrain atau demam selsema, TYT mengesyorkan supaya mandi untuk meningkatkan kebersihan diri, terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusu badan, tetapi menasihatkan supaya tidak mandi melebihi tempoh masa 15 minit dan supaya mengeringkan tubuh ibu baru bersalin secepat mungkin untuk mengelakkan demam selsema.
- Untuk kelahiran secara normal, ibu baru bersalin disyorkan mandi selepas 7 hari, manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan Caesarean, mereka disyorkan mandi selepas 10 hari.
- Selepas itu, mereka digalakkan mandi setiap hari, ataupun sebagai alternatif, mereka boleh mandi secara biasa 2 hingga 3 kali seminggu dan mengelap badan pada hari-hari yang lain.
Mandian Herba Bersalin + Halia TYT boleh didapati dalam kotak 2 uncang dan 8 uncang, di mana setiap uncang adalah seberat 45g. Harga jualan runcit yang disyorkan ialah RM8.40 and RM28.90 masing-masing untuk Malaysia Barat dan RM8.90 and RM30.80 masing-masing untuk Malaysia Timur. Ianya boleh didapati di rangkaian farmasi yang terkemuka, rangkaian pasaraya besar dan pasaraya yang terpilih, dan kedai kelengkapan bayi yang terpilih.
Rangkaian produknya – Mandian Herba Bersalin TYT, Herba Mandian Bayi TYT, Herba Rendaman Kaki TYT dan Minyak Daun Ubat TYT menggunakan ramuan herba 100%, dan diluluskan untuk penggunaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga disahkan halal oleh JAKIM.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TYT di www.tyt.com.my, hubungi talian TYT di 012-498 2989 atau emel kepada [email protected]. Klik ‘Suka’ pada laman Facebook TYT di https://www.facebook.com/pages/Tyt1957-Hong-Yang-Hoo/149130061788601 untuk menerima maklumat terkini berkenaan produk dan aktiviti mereka.