Melihat perubahan fizikal dirinya lebih-lebih lagi pada bibir, mungkin ramai berkata ‘she got fillers or surgery‘ tetapi tahukah anda ianya merupakan kuasa mekap. Malah, di artikel sebelum ini, kami banyak memaparkan kuasa mekap mampu merubah individu, malah boleh diibaratkan kuasa mekap seperti magik pada sesetengah individu.
Ramai membandingkan gambar Kylie dulu sehingga sekarang, rata-rata melahirkan rasa ingin tahu melihat perubahan bibir Kylie Jenner yang boleh dikatakan agak seksi, tebal seperti Angelina Jolie. Disebabkan itu, Kim Kardashian bertindak untuk membela dan membersihkan khabar angin dengan mendedahkan rahsia Kylie miliki bibir sebegitu kerana kuasa mekap.
Kim mendedahkan rahsia Kylie pada U.K. beauty blog Pixiwoo, “She draws her lip, and it looks amazing. And I go into her room like ‘What liner do you wear?’ because she only wears a lip liner and she fills it in she doesn’t wear a lipstick or a lip gloss. But she’s so good at makeup, every event she does it herself.”
Jadi, dah tahu rahsia Kylie mendapatkan bibir sebegitu. Semuanya disebabkan lip liner.