Kasihan sungguh membaca berita hiburan di Metro Ahad semalam. Mana tidaknya, agak terkejut membaca berita mengenai adik penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah yang telah pun diceraikan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober baru-baru ini di Mahakamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Pasangan itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ummi Umairah , Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Punca perpisahan adalah mereka sudah lagi tidak sefahaman.
Datuk Siti Nurhaliza turut memberi kata-kata semangat kepada adiknya :
Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang..