Agak sukar untuk mencari padanan pakaian yang sesuai untuk wanita yang bersaiz comel atau ‘plus size’ ini. Ada wanita comel yang kurang yakin untuk berfesyen kerana takut persepsi orang sekeliling, takut pakaian tidak kena dan juga takut untuk mencuba. Kami ingin berkongsi dengan pembaca Wanista bagaimana untuk tampil cantik dan lebih comel dengan padanan pakaian yang sesuai dan menambah keyakinan diri anda dalam berfesyen.
Tips fesyen untuk wanita ‘plus size’
1. Pilih baju sesuai ikut badan
Jangan pilih baju yang terlalu longgar ataupun ketat. Anda perlu cuba dahulu baju yang anda ingin beli. Baju yang longgar akan menampakkan badan anda menggelebeh dan lebih besar.
2. Pilih warna yang terang
Warna menjadi elemen penting dalam pemakaian untuk mengalihkan mata orang sekeliling terhadap pakaian yang kamu kenakan berbanding badan kamu. Jika dilihat di dalam inspirasi fesyen di bawah, ramai wanita berbadan comel mengenakan warna terang untuk memberikan sedikit impak!
3. Pilih barang kemas halus
Pilih barang kemas halus seperti rantai atau loket kecil. Elakkan memakai perhiasan yang lebih besar jika anda mempunyai sebuah badan yang curvy dan besar. Ini akan membuat bahagian atas badan kelihatan lebih besar.
4. Gunakan tali pinggang
Ambil kesempatan daripada curve badan anda. Pakai tali pinggang untuk menyerlahkan lagi lekuk pinggang anda. Elakkan memakai baju yang mempunyai bukaan leher yang besar.
5. Pakai kasut tumit tinggi
Memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan badan menjadi lebih seksi dan tinggi. Ia mengalihkan perhatian dari garis dada yang besar. Pilih tumit baji atau wedges kerana ia boleh dipakai secara kasual dan anda boleh berjalan dengan selesa.