Sekarang ini dimana-mana pun kita pasti akan dengar mengenai pesta Halloween. Ramai yang akan memakai kostum pelik, unik dan juga menakutkan. Namun, terdapat juga manusia-manusia yang tidak menggunakan otak dalam mengenakan sesuatu kostum itu.
Contoh seperti gambar-gambar dibawah dimana beberapa individu yang telah memakai kostum yang bertemakan pesawat MH370 Malaysia yang telah hilang. Mereka seperti mempersendakan MH370 tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Gambar-gambar yang telah dimuat naik di laman sosial ini telah menimbulkan rasa kurang senang dan marah dalam kalangan seluruh penduduk dunia terumatanya kita sebagai rakyat Malaysia.
Gambar-gambar yang kesemuanya diambil dari luar Malaysia ini menunjukkan mereka memakai kostum yang mempamerkan logo Malaysia Airlines. Mereka memakai pakaian seperti krew penerbangan MAS yang berlumuran darah. Ada juga yang menunjukkan seperti mereka telah menemukan MH370, ini menggambarkan bahawa mereka tidak sensitif terhadap perasaan ahli keluarga mangsa MH370.
Penulis sendiri pun rasa geram dengan sikap mereka ini. Halloween, Halloween juga, jangan sampai suatu hari nanti perkara yang sama melanda orang-orang yang tidak sensitif seperti mereka diatas ini, haaa waktu itu barulah rasa menyesal!