Sesetengah produk kecantikan tidak tahan dengan suhu panas lembap di dalam bilik mandi atau atas meja cermin. Tapi produk kecantikan yang mana kamu patut simpan dalam peti sejuk? Pakar kecantikan Majalah Cosmopolitan berkongsi ilmu.
Krim atau gel mata – Ramai yang bangun dengan mata sembap kerana cecair bertakung pada bawah mata semasa kamu tidur, terutama sekali bila kamu banyak makan makanan masin. Untuk surutkan sembap lebih cepat pada waktu pagi, simpan krim atau gel perawatan mata di dalam peti sejuk. Sejuk akan mencerut pembuluh darah dan mengurangkan sembap.
Krim untuk gatal-gatal – Tubuh kamu tak boleh nak rasa gatal dan sejuk serentak, jadi jika ada bahagian kulit yang gatal digigit nyamuk contohnya, letak benda sejuk, tubuh akan rasa sejuk itu lebih berbanding gatal.
Sun Cream – Disebabkan kamu perlu pakai hari-hari, dan hair-hari pun panas di Malaysia, eloklah kamu simpannya di dalam peti sejuk. Persekitaran yang panas akan mengurangkan keberkesanan SPF. Jadi ia takkan melindungi kulitmu sebaiknya.
Nail Polish – Cahaya dan haba boleh buat pewarna kukumu jadi pekat dan bertukar warna. Bila ia disimpan sejuk, teksturnya cair dan bila disapu ia sekata. Warnanya juga tak berubah.
Wangian – Selain ‘sorokkan’ wangian di dalam laci yang gelap jauh dari cahaya, kamu juga boleh simpan wangian di dalam peti sejuk supaya cahaya dan haba takkan buat harumannya berubah. Bila sembur ke kulitpun terasa segar.
Skin care untuk jerawat – Sesetengah ‘ubat’ atau krim jerawat yang diberi oleh doktor memang perlu disimpan di dalam peti sejuk. Periksa labelnya betul-betul. Tetapi menggunakan konsep yang sama dengan no. 2 di atas, krim biasa yang kamu beli di farmasi juga lebih elok disimpan di dalam peti ais untuk menenangkan jerawat yang sedang radang.
Gincu bibir – Sebenarnya ia tak perlu disimpan sejuk tetapi kalau kamu nak pastikan ia tahan lebih lama sebab warna yang kamu suka tu tak dijual lagi, ini antara caranya. Jika tidak, haba boleh merosakkannya dan buat tarikh luput sebenar gincumu lebih cepat.
Liquid mekap – Ini termasuk maskara, eyeliner, glos. Untuk buat ia tahan lebih lama. Sama juga dengan produk yang kamu dah buka tetapi tak guna hari-hari seperti pupur/mask.
Gel aloe vera – Ia ada pelbagai guna malah boleh digunakan dari rambut sampai ke kaki. Mungkin kamu tak pernah cuba tetapi bila tubuh rasa panas (demam contohnya), lumurkan pada tubuh, wajah dan kepala untuk turunkan suhu badan. Gel aloe vera sejuk lebih selesa.
Produk natural/facial mask – Ia tak mengandungi pengawet, paraben, sulfate, malah ia juga tak tahan lama. Simpan di dalam peti sejuk agar tak cepat rosak. Ini turut elak daripada bakteria.