Kendall Jenner merupakan salah seorang remaja paling berpengaruh di dunia. Sejak menceburi bidang fesyen sebagai model kelas A, dia seolah-olah menjadi ikon fesyen remaja dengan fesyennga yang santai dan tidak terlalu sarat. Gaya ‘street fashion’ Kendall menjadi kegilaan ramai anak gadis yang mahu kelihatan sepertinya. Kami ingin kongsikan beberapa stail Kendall yang boleh anda tiru dan juga sedikit tips fesyen Kendall Jenner.
Keselesaan
Memakai sweatpants pun boleh nampak cantik juga, asal dikombinasikan bersama tops berpaten, dan beg yang trendy.
Mahal tak semestinya cantik
Semasa menghadiri majlis Met Gala baru-baru ini, Kendall memukau mata umum kerana dia tampil dengan gaun dari Topshop. Gaun itu memang tidaklah semahal gaun selebriti lain yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit. Itu bermaknanya, jika gaun itu cantik, pakai saja. Tidak perlu membeli gaun mahal untuk mencuri mata umum.
Jangan terlalu mencuba
Pakai pakaian yang bersesuaian dengan umur. Kendall dikenali sebagai seorang gadis yang ringkas apabila berpakaian di luar. Jangan terlalu mencuba dengan mengenakan pakaian yang tidak kena dengan tubuh anda kerana ia boleh menampakkan anda lebih tua dari umur anda.
Beg berkualiti
Beg yang berkualiti boleh menjadi statement untuk diri anda tatkala anda berpakaian secara ringkas. Kendall acap kali dilihat mengenakan tas tangan Celine Mini Luggage Tote Bag berwarna hitam yang boleh disesuaikan dengan pelbagai acara tetapi masih lagi nampak esklusif. Tidak salah melabur di dalam membeli beg mahal tetapi tahan lama kan?