Kalau anda peminat drama bersiri Filipina, nama Marian Rivera dan Dingdong Dantes bukanlah satu nama yang asing untuk anda bukan. Antara drama yang menampilkan pasangan romantis ini sebagai teraju utama adalah Marimar yang ditayangkan di slot Telenovela TV3. Malah, pada 9 Ogos 2014 lalu, pasangan romantik ini sudahpun mengikat tali pertunangan, lebih menarik lagi lamaran tersebut telah dilakukan ketika secara live dalam sebuah rancangan televisyen.
Terkini, Marian dan Dingdong telah menghasilkan laman web sendiri, Dingdong & Marian Royally Meant To Be. Bakal diangkat sebagai ‘wedding of the year’ di Filipina, laman web ini membolehkan anda mendapatkan maklumat terkini tentang perkahwinan mereka berdua, gambar, wawancara eksklusif di antara mereka turut dipaparkan. Jika, anda teruja untuk melihat tema majlis kahwin juga rupa gaun pengantin Marian, sinilah tempatnya.