Pernahkah anda mendengar tentang Chocolate Wax? Disebabkan mampu mengurangkan rasa sakit, chocolate wax mendorong ramai orang bertukar daripada pisau cukur kepada wax jenis ini untuk menghilangkan bulu-bulu di kawasan peribadi. Kenapa chocolate wax? Ini kerana kandungannya berunsurkan bahan semulajadi di samping mempunyai banyak kelebihan lain buat wanita yang pentingkan penjagaan diri. Tetapi ingat, ini bukan coklat yang terdapat di dalam peti sejuk.
Istimewa mengenai chocolate wax ialah, meskipun bahannya terdiri daripada bahan lilin, namun kita tidak akan berasa panas ketika meletakkan ia pada kulit. Bukan itu sahaja, kadar pertumbuhan rambut pada kulit juga dikatakan lebih lama iaitu sekurang-kurangnya 15 hari berbanding wax biasa, di mana rambut biasanya akan mula tumbuh semula dalam masa satu minggu.
Ia juga boleh didapati dalam pelbagai perisa yang menarik seperti coklat putih, coklat gelap, pisang dan juga oren. Perisa-perisa ini selain daripada memberikan rawatan aromatik, ia juga dikatakan berkesan dalam menghapuskan rambut-rambut halus terus ke akarnya.
Minyak atau pati yang terkandung di dalam chocolate wax ini juga menjadi kelebihan membuang bulu dengan cara ini. Ia mampu memerangkap kelembapan di dalam lapisan kulit, malah dikatakan melembut kulit dengan baik.
Jika anda ingin mencubanya di rumah, terdapat beberapa panduan asas yang perlu dipatuhi. Pastikan anda dapatkan chocolate wax daripada pengeluar yang dipercayai. Sapu dengan lapisan yang nipis kerana hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapat hasil yang efektif. Juga, jangan menyapu wax pada tempat yang sama berulang kali. Ini kerana bagi kulit yang sensitif, ia mungkin akan menyebabkan iritasi pada kulit. Dah, jom kita buang bulu dengan coklat!
Jika anda berminat untuk melakukan chocolate waxing, anda boleh cuba di STRIP: Ministry Of Waxing. Enam cawangan telah dibuka di Malaysia iaitu Suria KLCC, Solaris Dutamas, Bangsar, The Curve, Sunway Pyramid serta Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.
Di STRIP: Ministry Of Waxing, mereka mengamalkan HSQ iaitu Hygiene (Kebersihan), Speed (Kelajuan) dan Quality (Kualiti) dan oleh itu, anda tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah-masalah seperti di atas semata-mata bagi mendapatkan kulit yang lembut. Untuk maklumat lanjut, layari www.stripmy.com.