Semalam kecoh mengenai ‘update’ aplikasi Whatsapp yang terkini dimana pengguna kini boleh melihat sama ada mesej yang anda hantar di Whatsapp telah dibaca oleh penerima atau tidak. Ternyata kemaskini terbaru aplikasi Whatsapp ini mendapat pelbagai reaksi pengguna yang rata-ratanya tidak suka dengan perkembangan terkini Whatsapp.
Terkini, jika anda menggunakan Whatsapp untuk menghantar mesej :
- Satu tick kelabu bermakna mesej telah berjaya dihantar
- Dua tick kelabu menunjukkan ia telah dihantar
- Dua tick biru bermakna mesej telah dibaca.
- Dua tick biru juga akan muncul di dalam groupchat anda jika semua orang di dalam kumpulan anda telah membaca teks anda. Pengguna WhatsApp juga boleh mengetahui masa yang tepat teks yang dihantar dengan menekan teks anda beberapa saat dan tekan ‘info’.
Perubahan akan memberi kesan kepada semua versi aplikasi yang digunakan pada sistem operasi iOS, Android, dan juga telefon Windows, Nokia dan Blackberry.
Selama ini ramai pengguna salah faham apabila mesej telah ditanda dengan dua tick kelabu ia menunjukkan mesej telah dilihat.
Sebenarnya ia bermakna bahawa mesej telah diterima oleh telefon bimbit, bukan telah dibaca oleh pengguna atau penerima.
Walau bagaimanapun, laman web rasmi WhatsApp telah mengesahkan perkhidmatan mesej mereka yang dilengkapi ciri baru, jadi anda akan tahu ketika seseorang telah membaca mesej anda.
Bypass Whatsapp ‘Blue Tick’
Baru-baru ini, seorang pengguna telah berkongsi bagaimana untuk bypass ‘message read’ di aplikasi Whatsapp miliknya. Di dalam eksperimen ini, dia menggunakan telefon pintar HTC One ( Android ) kepada pengguna iPhone ( iOS ) dengan cara :
- Apabila anda menerima mesej whatsapp semasa anda berada dalam talian atau pada skrin kunci anda, jangan buka dahulu. Biarkan ia diterima dua tickmark ( tanda ) berwarna kelabu.
- Matikan semua internet mudah alih anda dan Wi-Fi
- Buka Whatsapp dan membaca perbualan atau teks yang diterima
- Tutup perbualan dan juga aplikasi Whatsapp, pergi ke ‘Home’ dan hidupkan kembali Wi-Fi anda.
Selamat mencuba!