Dua bintang West End dan tiga penyanyi tempatan dengan vokal memukau akan berkongsi pentas dalam satu konsert muzik tahunan dengan himpunan lagu-lagu dari filem James Bond, Licence to Thrill: A Bond Concert.
Konsert yang akan menampilkan dua bintang West End iaitu David Shannon dan Simon Bailey serta penyanyi tempatan Salamiah Hassan, Jaclyn Victor dan Nikki Palikat ini akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 14-16 November 2014. Licence To Thrill A Bond Concert didedikasikan untuk lagu-lagu pilihan sepanjang zaman seperti For Your Eyes Only, Goldfinger, Tomorrow Never Dies, Skyfall dan banyak lagi dari filem aksi agen rahsia, James Bond.
Licence to Thrill: A Bond Concert akan dipentaskan pada 14 hingga 16 November 2014 :-
- Jumaat (14 November 2014) – 8.30pm
- Sabtu (15 November 2014) – 3.00pm & 8.30pm
- Sunday (16 November 2014) – 8.30pm
Tiket boleh dibeli di Istana Budaya box office, Rock Corner Music outlets, Victoria Music outlets atau www.airasiaredtix.com / 03-8775 4666 dengan harga :-
- Upper Circle – RM78
- Grand Circle – RM178, RM238
- Stall – RM288, RM368, RM988
Untuk sebarang info dan pertanyaan, boleh hubungi Limelight Entertainment at 03-6207 9566, Facebook mylimelight ataupun email ke info@limelight.com.my.