Salah seorang artis paling cantik di Malaysia ini terus cemerlang menempa nama di persada industri seni tanah air. Selepas berjaya menjadi selebriti pertama mempunyai program realiti TV sendiri melalui saluran E!, selebriti itu kini mengorak langkah sekali lagi untuk bergelar penyanyi pula. Tak percaya?
Baru-baru ini di penteas konsert ulangtahun EH!, Nur Fazura mendendangkan sebuah lagu terbaru berjudul Sayangi Dirimu yang difahamkan merupakan single pertama yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menerusi akaun Instagram juga Fazura meluahkan rasa bersyukur kerana impiannya sejak dahulu lagi untuk bergelar penyanyi kini sudah pun tercapai.
“Ever since I was a little girl, before I did a film or designed a dress, I always wanted to be a singer. I’m sooo very grateful to ALLAH SWT. Indeed, HE knows best and the perfect time for everything”
Jom layan video Fazura dengan single Sayangi Dirimu. Sedap atau tak suara Fazura ni?