Wanista yakin, anda semua tahu mengenai filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC). Filem cinta Indonesia tersebut ditayangkan pada tahun 2002 dan telah menjadi sebuah fenomena sebutan ramai di Indonesia dan juga di Malaysia.
Bagi yang pernah menonton filem AADC pasti tahu mengenai ending nya yang masih tergantung, iaitu perpisahan antara Cinta (Dian Sastrowardoyo) dengan Rangga ( Nicholas Saputra) di sebuah lapangan terbang di Indonesia.
Jadi, dalam Mini Drama “Ada apa dengan Cinta” 2014 yang disponsor oleh Line ini menceritakan sambungan daripada kisah tersebut, iaitu 12 tahun kemudian.
12 tahun kemudian, mengisahkan tentang Rangga yang bekerja sebagai seorang jurnalis di New York, Amerika Syarikat, sementara Cinta pula bekerja di sebuah syarikat majalah di Indonesia. Sehingga pada suatu hari, Rangga telah mendapat satu tugasan yang memerlukan nya untuk pergi ke Indonesia, yang membuatkan Rangga teringat akan kisah cintanya yang lalu bersama Cinta.
Pasti anda semua ingin mengetahui apa yang bakal terjadi kepada Rangga pabila dia menjejakkan kaki di Indonesia, bukan? Dan seterusnya apa pula nasib cinta antara Rangga dan Cinta? Jadi, mari saksikan sambungan kisah tersebut yang berdurasi 10 minit di link yang kami kongsikan disini:
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=56Sx2I1SRfA]