Setelah The Gardens, Pavilion, Komtar JBCC, kini kasut berjenama warisan British ini terus melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan keempatnya di Sunway Piramid. Menempatkan koleksi terbaru di butik yang seluas 1,406 kaki persegi ini juga mendapat tempat oleh selebriti tempatan seperti Amy Search, Nabila Juda, Wak Doyok, Dato ‘AC Mizal dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mengharapkan koleksi eksklusif untuk musim ini termasuklah ‘Made In England’ range, Refine, Re Invented , Rugged collections and pelbagai lagi.
Kewujudan Dr Martens disembunyikan pada awal tahun 60-an, dan jenama yang penuh dengan sejarah ini mula popular sekitar tahun 70-an dan telah diterima oleh pelbagai budaya yang telah menyatukan puak-puak seperti mods, glam, punk, ska, pshychobolies, grebos, goth, industrialists, nu-metal, hardcore, straight-edge dan grunge.
Butik Dr Martens kini dibuka di:-
- G1.98A, Tingkat Bawah, Sunway Pyramid, No 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
- Buka pada jam 10am – 10pm
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.drmartens.com.