Slogan “Now everyone can fly” ataupun “sekarang semua orang boleh lompat” sangat bersesuaian dengan tema Trampoline Park yang bertempat di Petaling Jaya, Malaysia ini. Misi mereka adalah untuk menyediakan aktiviti rekreasi yang terbaik di Malaysia, dengan menggabungkan kemudahan bertaraf dunia dengan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan fokus yang tidak henti mengenai keselamatan.
Pada 31 Mei 2014, Trampoline Park yang pertama di Malaysia ini telah dibuka. Ia adalah tempat yang baru dan menarik yang membolehkan kita ‘melawan’ graviti. Jump Street Trampolin Park adalah tempat khusus untuk melompat, melantun, dan apa-apa aktiviti pertempuran graviti yang lain.
Mereka mempunyai beratus-ratus trampolin, yang berhubung menjadi satu gelanggang yang besar, termasuklah gelanggang bola keranjang, gelanggang untuk trampolin permainan dodge-ball, lubang untuk melompat ke dalam dan gelanggang utama sebesar 9,000 kaki persegi untuk bebas melompat.
Jump Street menawarkan keseronokan dan cabaran bagi semua peringkat umur (umur minimum untuk melompat bebas adalah 3) dan tahap kemahiran trampolining! Mereka mempunyai dua gelanggang bebas melompat, dengan salah seorang daripada nya (The Cage) terbuka secara eksklusif untuk kanak-kanak semasa waktu tertentu, supaya mereka boleh melompat dengan selamat.
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyertai aktiviti di Trampoline Park:
(Kredit gambar: https://www.facebook.com/JumpStreetAsia)
Nampak seronok, bukan? Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi website mereka iaitu:
http://www.jumpstreetasia.com/
https://www.facebook.com/JumpStreetAsia