IKEA memulakan kempen Mainan Lembut untuk Pendidikan (Soft Toys for Education Campaign) dengan mengadakan pertandingan melukis bagi menggalakkan rakyat Malaysia bekerjasama dalam menambah baik kehidupan kanak-kanak.
Baru diperkenalkan dalam usaha murni ini, satu pertandingan melukis global bagi Mainan Lembut untuk Pendidikan (Soft Toys Drawing Competition) diadakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak di Malaysia untuk merealisasikan watak impian mereka menjadi kenyataan. Pertandingan ini mencari sepuluh lukisan paling kreatif di dunia dan watak terpilih akan dihasilkan menjadi mainan lembut edisi terhad yang akan dijual di gedung-gedung IKEA di seluruh dunia.
Diadakan menjelang musim Krismas, kempen Mainan Lembut untuk Pendidikan IKEA berlangsung dari 9 November 2014 hingga 3 Januari 2015. Bagi setiap mainan lembut yang dijual, IKEA Foundation akan menderma satu euro (kira-kira RM4.25) kepada UNICEF dan Save the Children untuk membantu meningkatkan kualiti dan akses pendidikan kepada kanak-kanak di negara-negara membangun.
Para pelanggan juga boleh memilih untuk ‘Give Twice’ dengan menderma mainan IKEA atau buku kanak-kanak yang dibeli mereka kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan memasukkan barangan ini ke dalam tong pengumpulan yang terletak di gedung IKEA.
Dana ini akan digunakan untuk membina infrastruktur pendidikan, membeli peralatan sekolah, menyediakan latihan kepada guru-guru dan meningkatkan sistem perlindungan dalam memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dapat bersekolah dan kekal bersekolah. Sokongan ini juga akan merangkumi bantuan kepada kanak-kanak dengan kekurangan upaya fizikal dan pembelajaran dengan mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra, tanpa sebarang stigma sosial.
Pertandingan Melukis Mainan Lembut IKEA terbuka kepada semua kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dari 9-23 November 2014. Penyertaan 20 Teratas Malaysia akan menerima:
- Satu hamper IKEA bernilai RM100
- Diploma yang mengiktiraf pencapaian mereka
- Penghormatan untuk memilih dua mainan lembut IKEA; satu untuk diri mereka sendiri dan satu untuk didermakan kepada badan amal kanak-kanak tempatan melalui insentif ‘Give Twice’
Lukisan ini akan dihantar ke Sweden untuk bersaing dengan penyertaan terbaik dari seluruh dunia yang akan dijadikan mainan lembut sebenar. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Mainan Lembut untuk Pendidikan, anda boleh ke www.IKEAFOUNDATION.org.
Anda boleh melihat semua produk mainan lembut ini di IKEA.my.