Bersalah — Pemilik Pusat Jagaan Kucing ‘Omiey Home’ Didenda RM800

OMIEY-HOME-DENDA

Kami pernah menyiarkan artikel ( BACA DI SINI ) mengenai sebuah pusat jagaan kucing terbiar ‘Omiey Home’ didakwa telah memanipulasi gambar kucing yang telah mati untuk mengutip derma di laman sosial. Menurut laman Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, pihak tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan gambar kucing di Facebook mereka untuk kepentingan peribadi.

omiey-home-1

omiey-home

Pemiliknya didakwa seorang wanita bernama Norhazlin Ibrahim. Selepas mendapat tekanan daripada pihak media dan juga pencinta kucing, pelbagai laporan telah dibuat kepada pihak berwajib untuk memberikan hukuman setimpal kepada pemilik pusat jagaan haiwan berkenaan. Ternyata usaha orang awam berjaya apabila pemiliknya telah dijatuhkan hukuman denda atau penjara. Walau bagaimanapun denda yang dikenakan berjumlah RM800 dikatakan terlalu kecil berbanding kesalahan menganiaya binatang kesayangan Rasulullah itu.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini :

Seorang pemilik pusat perlindungan kucing, Norhazlin Ibrahim didenda RM800 atau penjara lapan hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mendatangkan kesakitan dan kesengsaraan terhadap 17 ekor kucing dengan empat daripadanya telah mati, April lalu.

Pekerja pusat tersebut, Helmy Jasman Sulaiman turut didenda RM300 atau penjara tiga hari oleh mahkamah sama selepas mengaku bersalah atas tuduhan serupa. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home, Kampung Melayu Kepong pada kira-kira pukul 11.30 pagi, 3 April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya. Kedua-dua tertuduh membayar denda masing-masing. 

Penulis juga pernah berkunjung ke sini dan mendapati memang pusat penjagaan ini tidak dijaga dengan baik.

Dalam riwayat Al-Bukhari, “Seorang wanita di siksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya makan serangga bumi.”

Sebelum ini, ramai pihak yang ragu-ragu dengan Omiey Home yang terletak di Kampung Melayu Kepong, Kuala Lumpur ini dengan meminta derma berbelas ribu ringgit untuk membina pusat jagaan kucing ‘Teratak Omiey’ di Negeri Sembilan. Tetapi perkara itu telah disangkal oleh pihak mereka dengan mengatakan ada pihak yang gemar menabur fitnah untuk membantutkan usaha mereka memelihara nasib kucing.

omiey-home-denda

omiey-home-ditangkap-2

Related Posts