Dua sahabat berusia lingkungan 20-an yang baik hati telah mencipta satu cara yang bijak untuk membantu mereka yang tiada tempat tinggal (gelandangan). Mereka menjadikan van mereka sebagai kedai dobi bergerak bagi memberikan peluang kepada gelandangan untuk mencuci pakaian mereka dengan selamat.
Pencetus idea projek Orange Sky Laundry, Lucas Patchett dan Nicholas Marchesi berkata, projek ini bermula dengan sebuah van lama dan penjana elektrik. Dengan bantuan derma, mereka mampu untuk mendapatkan dua mesin basuh dan pengering, membolehkan van mereka untuk memproses 20kg dobi dalam masa sejam.
Projek ini telah dilancarkan pada bulan Julai dan kini dalam tempoh percubaan, di mana van itu beroperasi 5 hari seminggu di Brisbane. Jika projek van dobi ini berjaya, projek ini mungkin akan diluaskan ke seluruh Australia.
Untuk maklumat tambahan mengenai projek mulia ini, anda boleh layari: orangeskylaundry.com.au
Menarik kan idea murni mereka! Agak-agak, di Malaysia, bila boleh buat macam ni?
Sumber: Boredpanda