Model terkenal, Janice Dickinson sebelum ini mendakwa dia pernah diperkosa oleh pelawak kulit hitam, Bill Cosby 32 tahun dahulu. Dedah Janice dalam temu bual program Entertainment Tonight, dia diperkosa Bill pada tahun 1982 sewaktu hadir ke program bual biacara kendalian lelaki tersebut, The Cosby Show.
Menurut pendedahannya, perbuatan tersebut dilakukan Bill selepas Janice tidak sedarkan diri setelah diberikan segelas wain dan pil.
“Selepas itu saya tidak sedarkan diri dan apabila bangun keesokan harinya, saya berbogel. Hal terakhir yang saya ingat ialah dia memanjat naik ke atas badan saya dan seluruh badan saya sakit. Saya juga menemui sperma pada bahagian kaki saya,” dedah Janice yang mengaku memang mempunyai hubungan baik dengan Bill.
Malah, selepas sahaja pendedahan Janice, seorang pelakon lama iaitu Louisa Moritz tampil mendedahkan dia pernah dipaksa melakukan seks oral oleh Bill sewaktu sedang menunggu giliran untuk muncul di dalam program Johnny Carson’s Tonight Show sekitar tahun 1971.
“Dia ketuk bilik saya, membuka seluarnya dan memaksa saya melakukan seks oral kepadanya,” ujar Louisa yang kini berusia 68 tahun.
Bill, 77, bagaimanapun melalui sepucuk surat yang dikeluarkan oleh agensinya menafikan semua dakwaan tersebut. Dia menyifatkan semua pertuduhan itu sebagai mahu mencemar maruah dan menjatuhkan reputasinya sebagai bintang terkenal.
Kosmo