Baru-baru ini, Tan Boon Leong, seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah telah menunggu 12 jam untuk mendapatkan sepasang skinny jeans daripada cawangan H&M yang baru dibuka di 1Borneo Hypermall di Likas. Pelajar itu juga sanggup bermalam di situ, hanya supaya beliau boleh menjadi orang pertama yang memasuki H&M bagi melayakkannya untuk mendapat baucar bernilai RM200.
“Saya tinggal berdekatan, jadi ia adalah mudah bagi saya untuk tinggal di dalam pusat membeli-belah dan tunggu,” kata anak muda dari Pulau Pinang, yang ‘berkhemah’ di pasar raya besar dengan dua rakannya yang lain.
Ia merupakan berita gembira buat Tan pabila beliau memenangi baucar hadiah tersebut.
Beliau bagaimanapun menangguhkan urusan beli-belah nya kepada hari yang lain bagi mengelakkan kesesakan, sambil menambah bahawa beliau akan berkongsi kemenangan beliau bersama dua rakan yang lain diatas kesetiaan mereka.
H&M membuka cawangan pertamanya di Kota Kinabalu pada 20 November yang lalu. Ia juga menawarkan hadiah RM50 gift card kepada 50 pelanggan yang seterusnya.
Sumber: The Rakyat Post