Bagaimanakah agaknya apabila jenama kecantikan wajah wanita berkolaborasi dengan pereka fesyen terungul dunia? Pastinya akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan, bukan? Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk melihat koleksi terkini alat solek dan produk penjagaan wajah dari Shu Uemura sempena musim perayaan nanti. “Shupette by Karl Lagerfeld for shu uemura” yang menggunakan tema Mademoiselle Choupette, atau “Shupette”, kucing yang paling manja direka khas oleh pereka fesyen Karl Lagerfeld. Bagi yang ingin mendapatkan hadiah Hari Krismas yang berbeza untuk si dia, adik,kakak atau ibu, pastinya koleksi “Shupette by Karl Lagerfeld for shu uemura” amat sesuai. Ini kerana warna-warna yang digunakan di dalam Shupette Eye&Lip Palette adalah warna-warna ceria dan sesuai digunakan di musim perayaan. Selain itu juga, shu uemura mengeluarkan produk popular mereka dalam bentuk edisi terhad iaitu Shupette Ultime8 Cleansing Oil di dalam botol comel yang direka khas oleh Karl Lagerfeld.
Bukan itu sahaja, di dalam koleksi ini, terdapat bulu mata palsu Shupette edisi terhad. Pendek kata, semuanya edisi terhad dan anda harus dapatkan sementara stok masih ada!
Harga ( RM )
- SHUPETTE EYE&LIP PALETTE RM350
- SHUPETTE EYE SHADOW TRIO RM120
- SHUPETTE LIP TRIO RM120
- SHUPETTE GLITTER FACE POWDER RM140
- SHUPETTE EYE GLITTER SET RM150
- SHUPETTE DRAWING PENCIL MIDNIGHT BLACK / GALA BROWN RM75
- SHUPETTE CHEEK DUO RM100
- SHUPETTE ULTIME8 CLEANSING OIL 450ML RM360
- SHUPETTE UVUB UNDER BASE MOUSSE TSUYA RM135
- SHUPETTE MAKE BOX RM1500
- SHUPETTE MINI BRUSH SET RM240
- SHUPETTE FAKE EYELASH PREMIUM RM250
- SHUPETTE FAKE EYELASH NATURAL RM100
- SHUPETTE NEW GEN EYELASH CURLER RM65
- SHUPETTE NAIL SET PINK / PURPLE GOLD RM60