Pernahkah anda terfikir untuk bermalam di hotel berbentuk kuda Trojan seolah-olah berada di dalam alam fantasi? Anda boleh berbuat demikian kerana sebuah hotel di Belgium bakal memenuhi impian anda. Hotel La Balade Des Gnomes ini mempunyai 10 bilik dihias indah bak lokasi di dalam cerita dongeng dan ianya terletak di kawasan rumah ladang yang menenangkan. Ianya telah direka dan dibina oleh arkitek dan pengusaha hotel Encik Noël.
Pada asalnya dia ingin membuka sebuah restoran yang unik sahaja iaitu La Gargouille (Gargoyle), iaitu makanan yang menggunakan bahan-bahan tempatan dan hasil bio-organik, akan tetapi, dia telah mengambil inspirasi dari kisah dongeng untuk membina bilik tidur yang menakjubkan ini di sebelah restoran. Hotel ini dilengkapi dengan fasiliti seperti ruang membuat teh atau kopi, televisyen di dalam setiap bilik, restoran, parkir percuma dan hotel ini mesra kanak-kanak.
Harga sewa bilik hotel pula bermula daripada RM300 sehingga RM1000++ bergantung kepada musim. Maklumat lanjut boleh didapati di Trip Advisor.