HotelQuickly — Aplikasi telefon tempahan hotel disaat akhir yang terkemuka di Asia Pasifik kini berkembang untuk berkhidmat kepada pengguna dan rakan kongsi di Malaysia!
Aplikasi HotelQuickly membantu perancangan travel saat-saat akhir anda dengan menawarkan kadar hotel pada harga sehingga 28% lebih murah berbanding dengan harga terbaik dalam talian yang lain. Dengan rangkaian lebih 4,000 hotel di 14 buah negara di Asia Pasifik, perjalanan spontan anda untuk ke Koh Samui atau Bali akan lebih mudah dan semestinya lebih murah!
Direka untuk membantu pelancong mencari tawaran terbaik bagi tempahan hotel saat akhir, aplikasi percuma ini termasuk ciri-ciri baru seperti reka bentuk semula yang ketara, panduan hotspot tempatan di bandar-bandar utama, dan juga platform pembayaran PayPal dan TrustYou. Ciri-ciri baru ini adalah sebahagian daripada misi HotelQuickly untuk menjadi aplikasi mudah alih terbaik yang menjimatkan masa dan wang anda dengan menawarkan tawaran dinamik di hotel yang terbaik di Asia Pasifik.
“Kami percaya perjalanan spontan memperkaya kehidupan orang ramai, dan matlamat kami adalah untuk membuat tempahan hotel saat akhir menjadi mudah dan memuaskan. Kami mahu membawakan kepada semua, hotel saat akhir yang berkualiti tinggi dengan tawaran besar untuk membantu membawa pengalaman perjalanan spontan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai telefon bimbit,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HotelQuickly, Encik Tomas Laboutka pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Eastin baru-baru ini.
Semua hotel yang dipilih oleh pasukan HotelQuickly adalah yang bernilai 3, 4, dan 5 bintang. Hanya 10 tawaran terbaik akan ditunjukkan kepada pengguna pada saat mereka membuat pilihan; berdasarkan pada penilaian hotel dan kadar diskaun paling tinggi — ini dapat menjimatkan masa pengguna daripada perlu mencari hotel dalam senarai yang panjang.
Antara 4000+ hotel ulung di rantau ini, sampel pilihan mereka termasuk: Best Western Premier Dua Sentral, GTower Hotel, Prince Hotel & Residences dan Abal Bukit Bintang.
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi HotelQuickly yang percuma ini di telefon pintar Android, iOS dan BlackBerry 10 anda! Lengkapkan proses pendaftaran dan kemudian buatlah pilihan lokasi dan hotel anda sama ada hari ini atau esok sehingga 5 malam. Bayaran boleh dibuat melalui kad debit, kad kredit atau Paypal dan pelanggan setia dapat menikmati diskaun tambahan untuk setiap tempahan melalui program HotelQuickly loyalty.