November baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis perkahwinan yang diperkatakan seluruh dunia, iaitu perkahwinan adik perempuan aktor Bollywood terkenal, Salman Khan.
Perkahwinan adik beliau iaitu Arpita Khan yang telah berlangsung pada 18 November lalu di Istana Royal Falaknuma dilihat cukup mewah dan meriah. Sebagai tanda sayang kepada adiknya itu, Salman telah menghadiahkan adiknya sebuah kereta mewah! Kereta mewah berwarna putih itu dianggarkan harganya hampir RM1.4 juta.
Salman juga telah menghadiahkan sebuah pangsapuri mewah yang bakal didiami adiknya bersama suami tercinta. Tidak cukup dengan itu, selepas perkahwinan Arpita dan suami, mereka bakal berbulan madu di sebuah lokasi yang turut dirancang sendiri oleh Salman khas buat mereka berdua. Wah, untungnya adik Salman Khan!
Mari kita lihat kemeriahan majlis resepsi perkahwinan Arpita Khan bersama suaminya, Aayush Sharma yang turut dihadiri bintang-bintang Bollywood terkenal!
Menurut sumber di internet, Arpita diambil menjadi anak angkat keluarga Salman Khan sejak beliau kecil lagi setelah kematian ibunya. Keluarga Salman tidak pernah menganggap Arpita sebagai orang asing, malah kehadirannya menceriakan lagi keluarga Salman. Wow! Kalau macam tu, memang baik kan Salman Khan sebagai seorang abang, sanggup berhabisan demi seorang adik! Bukan itu saja, menurut sumber-sumber luar, Salman turut terkenal dengan sifat mulia beliau yang kerap membantu ribuan kanak-kanak susah melalui pertubuhan amal. Beliau juga dikatakan banyak mengeluarkan duit beliau sendiri demi membantu orang-orang susah di India.
Mulia sungguh hati Salman Khan. Ini barulah yang dinamakan hero sebenar!
Sumber: IBN Live & Astro Gempak